Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Jika saudara/i sudi untuk melawati blog ini, kiranya saudara/i berminat untuk mengetahui informasi berkenaan 'KMPk Accountancy Alumni Fiesta' yang akan diadakan pada bulan Disember ini. Jadi berikut mungkin merupakan persoalan yang bermain di fikiran saudara/i dan jawapan juga turut disediakan.
1) Apa benda sebenarnya 'KMPk Accountancy Alumni Fiesta'?
'KMPk Accountancy Alumni Fiesta' ni diadakan untuk meneruskan program alumni bersama pelajar akaun semasa yang diadakan pada tahun lepas. Jadi 'KMPk Accountancy Alumni Fiesta' ni akan melibatkan alumni akaun dan juga pelajar akaun semasa. Pada mulanya, nama yang diperlukan untuk menyertai program ini hanyalah sebanyak 40 nama. Tetapi, disebabkan Puan Rohaida menerima terlalu ramai nama yang mendaftar untuk menyertai 'KMPk Accountancy Alumni Fiesta' ini, maka Puan Rohaida telah meminta pihak Alumni KMPk untuk mengadakan satu 'gathering' bagi alumni akaun KMPk. Jadi secara kasarnya terdapat 2 program yang akan dijalankan serentak iaitu program alumni akaun bersama pelajar semasa (STARS) dan 'Gathering of KMPk Accountancy Alumni' untuk alumni akaun yang lain.
2)Apa benda program alumni bersama pelajar semasa tu?
Program ini dinamakan 'STARS' (Shoot the Star with Alumnis). Program ini memerlukan 40 alumni sahaja yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama pelajar semasa di KMPk. Antara program yang akan diadakan adalah Pengenalan Universiti, sesi LDK, 'Treasure Hunt' dan pelbagai lagi. Bagi 40 alumni yang terlibat dalam program 'STARS', anda juga boleh menyertai program 'gathering'.
3)Aktiviti apa yang ada untuk 'Gathering of KMPk Accountancy Alumni'?
Bagi program 'Gathering of KMPk Accountancy Alumni' pula, saudara/i tidak perlu terlibat secara langsung berkenaan program alumni bersama pelajar semasa kerana bagi 'Gathering of KMPk Accountancy Alumni' ada dirangka program khas. Antara aktivitinya ialah Dinner, Sukaneka, 'Treasure Hunt' dan pelbagai lagi.
4)Saya dah daftar nama kat Puan Rohaida..mcm mn dgn status pendaftaran saya?
Untuk pengetahuan saudara/i, Puan Rohaida pada asalnya memerlukan 40 alumni sahaja untuk terlibat bagi program 'STARS'. Tetapi Puan Rohaida telah menerima 100 lebih nama untuk menyertai program ini. Jadi kepada mereka yang ingin membuat pengesahan nama, sila rujuk di talian 014-2227874(Umi) atau 017-7344901(Chen). Keutamaan akan diberikan nama yang telah membuat pendaftaran awal kepada Puan Rohaida.
5)Saya ada menerima msj atau kwn2 ade bagitahu saya, untuk membuat pengesahan sila rujuk di talian 013-3551946 dan saya juga telah membuat pengesahan di talian itu. Perlu ke saya buat pengesahan sekali lagi?
Sekiranya saudara/i yang telah membuat pengesahan di talian itu, saudara/i masih perlu untuk membuat pendaftaran di talian 014-2227874(Umi) atau 017-7344901(Chen).
6)Saya nk join gathering..tak nak join program alumni bersama pelajar semasa tu..boleh ke?
Boleh jek takde masalah. Bagi saudara/i yang ingin menyertai program 'gathering' sila membuat pendaftaran nama di talian 014-2227874(Umi) atau 017-7344901(Chen).
7)Bila tarikh program ini?
4,5,6 Disember 2009
8)Apa pakaian yang perlu dibawa?
Pakaian yang perlu dibawa antara nya pakaian untuk aktivti rekreasi seperti 'Treasure Hunt' dan Sukaneka. Sila bawa baju berkolar untuk lelaki dan jeans sama sekali tidak dibenarkan. Pakaian tema bagi Dinner 'gathering' adalah retro.
9)Pukul berapa saya kena tiba sana?
Bagi alumni yang ingin terlibat dalam program 'STARS, saudara/i diminta untuk datang ke KMPk sehari lebih awal dari tarikh program yang akan dijalankan iaitu pada 3 Disember sebelum pukul 3 petang. Ini adalah untuk perancangan yang lebih rapi dapat dijalankan untuk program alumni bersama pelajar semasa. Bagi alumni yang ingin datang untuk 'gathering' pula, sila tiba pada tarikh 4 Disember sebelum pukul 5 petang.
10)Kalau dah sampai sana, ke mana harus dituju?
Sila membuat pendaftaran di bilik JPP.
11)Adakah akan dikenakan bayaran?
Bayaran akan dikenakan sebanyak RM15 bagi satu kepala. Bayaran ini akan melibatkan semua alumni termasuk mereka yang terlibat dalam program 'STARS' dan juga 'gathering'.
12)Makanan akan disediakan ke?
Jadi memandangkan saudara/i telah membuat pembayaran, pihak penganjur akan menyediakan makanan buat para alumni. Tetapi makanan akan mula disediakan pada 5 dan 6 Disember sahaja. Makanan untuk Dinner 'gathering' juga termasuk dalam pembayaran saudara/i.
13)Macam mana dengan penginapan? Tidur khemah ke?
Berkenaan penginapan, pihak penganjur akan sediakan. Para alumni akan tidur di blok pelajar.
14)Saya nk daftar..apa maklumat yang saya kena beri.
Antara maklumat yang perlu diberi ialah :
a)Nama penuh
b)No Ic
c) batch bila
d)dari universiti mana
e)pendaftaran untuk program 'STARS' atau 'gathering'
f)jika membawa kenderaan sendiri, sila nyatakan nombor plat kenderaan
15)Bila tarikh tutup pendaftaran?
23 November 20009 (Isnin)
16)Saya nk join tp da penuh ar..cmne ek?
Penerimaan nama untuk pendaftaran akan dijalankan atas dasar 'first come, first serve'. Jadi kalau da penuh tu, phm2 la yek.
17)Saya ada soalan, tapi tak terjawab kat sini. Saya kena rujuk siapa eh?
Sila rujuk di talian 013-3551946(Fadhil- Apai) atau saudara/i boleh tinggalkan sebarang cadangan, pertanyaan menerusi 'chat box' . Sekian terima kasih.
2 comments:
berapa org diperlukan dlm program gathering?
110 owg
Post a Comment